fbpx

Buka aib pasangan dosa besar – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF WAJDI

PETALING JAYA – Perceraian atau talak walaupun tidak berdosa tapi paling dibenci Allah SWT.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, membuka aib pasangan bukan sahaja dibenci bahkan berdosa besar.

“Cukup-cukuplah media mensensasikan berita perceraian.

“Kata-kata saya ni bersandarkan hadis sahih mengenai talak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO namun tidak menyatakan secara jelas kenyataannya itu ditujukan kepada siapa.

Semalam media melaporkan pelakon, Fattah Amin, 33, terkejut dan kesal dengan kenyataan bekas isterinya, Fazura selepas mereka bercerai.

Menurut beliau, kedua-dua mereka sudah memeterai perjanjian untuk tidak memburukkan sesiapa sebelum beliau melafazkan talak.

Peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah pula berkata, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI