fbpx

‘Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal, cerita hal wanita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekin mempertahankan sahabat baiknya, Fattah yang dilemparkan tuduhan curang oleh bekas isterinya, Nur Fazura.

PETALING JAYA – Tampil mempertahankan rakan baik, pelakon Pekin Ibrahim menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan Fazura terhadap bekas suaminya, Fattah Amin sebagai tuduhan berat.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim, 42, mendedahkan sepanjang di set penggambaran sahabatnya itu tidak pernah menyebut mengenai wanita lain apatah lagi menjalin hubungan gelap.

“Kami menjalani penggambaran dalam tempoh yang lama. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita.

“Sampai waktu solat, dia hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau,” tulisnya dalam Facebook.

Pekin yang pernah mengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Fattah turut mendedahkan aktor terbabit kerap meluahkan perasaan rindu kepada isteri, Nur Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya, 4.

“Sepanjang luangkan masa bersama, tidak sekali pun dia menunjukkan masalah pada wajahnya.

“Dia tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri sahaja terkeluar dari mulut beliau. Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain,” katanya.

Walaupun rumah tangga pelakon itu sedang bergolak, Pekin memuji sikap Fattah, 34, yang tetap tenang dan profesional sepanjang bekerja.

Dalam hantaran sama, suami kepada pelakon Mona Allen itu turut mendoakan agar sahabatnya tabah memghadapi ujian dalam kehidupan berumah tangga.

“Apa yang mampu, kita doa supaya beliau tabah dan kuat. Sedih dengar hal-hal cerai begini. Minta dijauhkan,” ujarnya.

Terdahulu selepas bercerai, Nur Fazura mengesahkan Fattah berlaku curang dan culas memberi nafkah yang menjadi punca dia memfailkan perceraian.

Begitupun, pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.

Selepas tujuh tahun bergelar suami isteri, Nur Fazura, ,41, dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pukul 9.45 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI