fbpx

Penunggang motosikal BMW RT maut di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal berkuasa tinggi ditunggangi Mohd. Rafee yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 322.8 LPT2 berhampiran Kerteh, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 322.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 7 malam itu, tubuh mangsa, Mohd. Rafee Mohd. Saari, 54, yang menetap di Gombak, Kuala Lumpur putus tiga dipercayai akibat terkena besi pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Rafee yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu atas urusan kerja.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal berkuasa tinggi jenis BMW RT yang ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

“Motosikal itu kemudiannya merempuh besi pembahagi jalan sehingga menyebabkan mangsa tercampak di atas lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat Mohd. Rafee telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI