fbpx

[VIDEO] Ini ‘serious matter’, dapat tangkap hantar…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hattan membatalkan hasrat untuk bersara dari dunia seni suara atas satu sebab yang sangat munasabah.

KUALA PILAH – Penyanyi Datuk Hattan meluahkan rasa kesal susulan insiden pecah cermin dua buah kenderaan di pekarangan Masjid Diraja Tuanku Munawair, di Sri Menanti, di sini, baru-baru ini.

Hattan menerusi video berdurasi satu minit lapan saat yang tular memaklumkan kejadian berlaku ketika mangsa singgah di masjid untuk menunaikan solat Maghrib.

“Ini serious matter (masalah serius) ni, dah ado pulak orang mochah (pecah) tingkap keto (kenderaan). Ni tak sodap ni (ni tak baik ni), tak ponah (pernah) jadi Senanti (Sri Menanti) macam ni. Kok ado lagi jangan dibaghi (dibagi) muko.

“Merayau-rayau cari peluang macam ni (pecah kenderaan). Polis ambil tindakan, dapat tangkap hantar Israel, biar habuan kek peluru, osah (sah) tak beguno (berguna),” katanya dalam video berkenaan.

Malah, beliau turut bimbang sekiranya insiden itu turut menyebabkan orang ramai risau singgah di masjid bagi menunaikan solat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Gani berkata, polis menerima laporan berhubung sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecah di bahagian cermin belakang kanan pada 4 Oktober lalu.

“Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 7.15 malam di kawasan parkir masjid tersebut. Mangsa, seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun kehilangan telefon,”ujarnya.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI