fbpx

Sebahagian KL tiada air, paip pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini berikutan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan membaiki paip pecah di Hab Pasar Seni.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, pelaksanaan kerja tersebut akan menyebabkan gangguan bekalan bermula pukul 6 pagi tadi dan kerja pembaikan dijangka siap pada pukul 1 pagi esok.

Tambahnya, bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat selepas sistem agihan utama distabilkan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan harian sepanjang tempoh gangguan.

“Pengguna juga disarankan untuk menggunakan air secara berhemat dan hanya untuk keperluan penting,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI