PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah di seluruh negara dan tiada amaran ribut petir dikeluarkan setakat pukul 9.30 pagi ini.
Menurut MetMalaysia, ramalan yang sama turut dijangka berlaku di kawasan timur negara yang meliputi negeri Sabah, Sarawak, serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Orang ramai boleh memanfaatkan dengan melakukan aktiviti harian susulan cuaca baik yang memberikan peluang kepada semua untuk menikmati kehidupan harian dengan lebih selesa dan produktif.
Sementara itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE