fbpx

Banjir: Banyak kawasan di Perlis mula dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Kaki Bukit di Beseri merupakan antara kawasan yang dinaiki air, malam ini.

KANGAR – Beberapa kawasan di Perlis mula dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak lewat petang tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Paya Besar, Beseri, Sempering, Mata Ayer, Kampung Sena, Jelempok, Taman Gasing, Jejawi, Batu Dua dan Kampung Tok Kandang, selain Stesen KTM Arau.

Hujan lebat masih melanda keseluruhan negeri ini sehingga pukul 11.30 malam ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dalam hantaran di akaun Facebook menyatakan beberapa tempat di negeri itu dilanda banjir kilat.

“Semoga semua tabah. Insya-Allah akan disegerakan bantuan dan pertolongan,” katanya sebentar tadi.

Beliau turut meminta orang ramai memaklumkan lokasi terjejas di ruangan komen bagi memudahkan bantuan disalurkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI