fbpx

MPSM kemuka 12 resolusi kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tengah) hadir ke Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali Ke-62 di Bertam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) mengemukakan 12 resolusi untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menambah baik kualiti sistem pengajaran di sekolah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau akan menyerahkan resolusi berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita melihat (resolusi) berkenaan bukan sebagai bentuk tuntutan, sebaliknya harapan warga pendidik khususnya termasuk dalam konteks untuk menambahkan lagi kualiti pengajaran sistem yang ada dalam sekolah sekarang ini.

“Ini termasuk juga beberapa skim pengkhidmatan yang boleh dilihat semula. Kita akan serahkan bagi kerajaan melihat tentang keperluan-keperluan yang mereka nyatakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali ke-62 di Bertam, di sini hari ini.

Antara kandungan resolusi terbabit termasuklah jawatan guru media diwujudkan, kuarters guru-guru di Sabah dan Sarawak dibaik pulih dan dibaik pulih dan cadangan mewujudkan lapisan gred baharu untuk pengetua bagi membolehkan penolong kanan dijadikan pelapis.

Resolusi tersebut dihasilkan selepas perbincangan dan konsultasi bersama warga pendidik malah dijangka mampu memberikan impak besar dalam usaha meningkatkan kualiti pembelajaran, memperkukuhkan kebajikan guru serta memperkasa prasarana sekolah di negara ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI