fbpx

Derita kanak-kanak dua tahun hidap kanser mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraini memberi sumbangan buat Muhammad Faqqeh yang menghidap kanser retinoblastoma ketika berkunjung ke rumah keluarga itu di Kuala Nerang, semalam.

KUALA NERANG – Derita ditanggung Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian, 2, sukar digambarkan apabila matanya kelihatan membengkak akibat kanser retinoblastoma yang menyerang anak kecil itu setelah dia mengalami demam panas, setahun lalu.

Disebabkan keadaan itu, ibunya Nor Ashma Abdullah, 43 serta bapa, Abu Soffian Ghazali, 51, sering memendam rasa menyaksikan dugaan dihadapi anak bongsunya itu.

Menurut Nor Ashma, ada kalanya benjolan di mata kanan Muhammad Faqqeh seakan pecah dan mengeluarkan darah yang banyak sehingga dia dan suami terpaksa memendam rasa melihat keadaan itu.

“Muhammad Faqqeh mula dikesan menghidap kanser tersebut selepas mengalami demam panas sewaktu berusia sembilan bulan. Matanya pada masa itu kelihatan bersinar seperti mata kucing.

“Namun kami tidak mengesyaki apa-apa sebelum matanya kelihatan membengkak dan merah. Berikutan itu, saya terus membawanya ke klinik kesihatan berhampiran yang merujuknya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Di HSB, doktor menjalankan ujian darah dan berdasarkan sampel darah yang diambil, dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menerima kunjungan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal di rumahnya dekat Kampung pasir Puteh, Mukim Tualak di sini semalam.

Nor Ashma menambah, dia dan suami kemudian menjalankan pelbagai ikhtiar untuk mengubati Muhammad Faqqeh termasuk memberinya minum air zamzam setiap hari.

“Berat badan Muhammad Faqqeh ketika ini menurun hanya kepada tiga kilogram manakala benjolan matanya kian membesar. Mengikut kata doktor, dia perlu diberi susu khas namun disebabkan harganya yang mahal, saya mampu memberinya susu badan dan susu tepung biasa yang lebih murah,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nor Ashmad Abdullah di talian 014-9718095 atau melalui akaun Bank Rakyat miliknya bernombor 221261054947. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI