fbpx

Juruteknik didakwa belasah isteri hamil muat naik status di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD HASRI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk didakwa memukul isterinya hari ini.

BATU PAHAT – Seorang juruteknik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya selepas berang kerana wanita itu membuat hantaran di media sosial.

Tertuduh, Mohd Hasri Turaman, 40, yang pernah mendapatkan rawatan psikiatri selama tujuh tahun lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret  Suhail Shafi’uddin.

Bapa tiga anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya berusia 34 tahun yang hamil enam minggu di sebuah rumah di Taman Soga di sini pada pukul 1 pagi, 29 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, manakala Seksyen 326A kanun sana yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum di bawah Seksyen 323.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Anis Nur Atikah Abd Rahman.

Mahkamah menetapkan 13 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mengikut laporan, mangsa meminta wang RM20 daripada tertuduh kerana mahu pulang ke rumah ibunya di Skudai, namun tidak diendahkan termasuk 20 pangilan kepada tertuduh tidak dijawab.

Disebabkan kejadian itu, mangsa membuat hantaran di media sosial sebelum dibaca oleh tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI