fbpx

Pemandu terbunuh kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Perodua Kelisa maut selepas keretanya bertembung sebuah lori di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu terbunuh selepas terlibat kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohd. Izham Abdul Samad, 37.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Kelisa dan sebuah lori yang bertembung.

“Pemandu kereta yang tersepit telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan dia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Sementara itu, pemandu lori iaitu lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pukul 3.16 petang.

Operasi terbabit digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI