fbpx

Sudah berbini tapi intai isteri orang lain mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AR diberkas polis dan ditahan untuk disoal siasat. - Agensi

JAKARTA – Seorang lelaki di Bima, wilayah Nusa Tenggara Barat ditahan selepas mengintai seorang wanita yang sedang mandi, lapor laman berita Kick News Today.

Suspek yang hanya dikenali sebagai AR, 49, menghendap mangsa dalam kejadian pada 2 Oktober lalu.

“Suspek bekerja sebagai petani,” kata Ketua Kampung Sampungu, Yusran.

Menurut Yusran, perbuatan suspek disedari mangsa yang melihat lelaki tersebut sedang mengintainya dari lubang dinding bilik mandi.

Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam rumah dan memberitahu suaminya mengenai kejadian tersebut.

“Dinding bilik mandi itu agak rendah sehingga memudahkan suspek untuk mengintip,” tambah Yusran.

Suami mangsa kemudian pergi ke rumah suspek lalu melaporkan perkara itu kepada Yusran dan polis. 

Suspek yang juga sudah beristeri, kemudian ditahan oleh polis dan dibawa ke balai untuk disoal siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI