fbpx

Tiga saksi dikesan kes buang 8 tong bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan tong sisa buangan disyaki berisi cecair kimia ditemui di, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, 27 September lalu.

SHAH ALAM – Polis Selangor sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan pembuangan lapan tong bahan kimia yang dibuang dalam parit di Kampung Desa Aman, di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga mereka adalah saksi yang akan membawa kepada petunjuk dalam membantu siasatan kes tersebut.

“Ada maklumat dan kita mencari tiga orang saksi yang boleh bantu siasatan polis. Ada petunjuk.

“Kita ambil berat terhadap kes ini dan polis siasat seiring dengan Jabatan Alam Sekitar dengan kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu Khianat terhadap tali air,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan tiga saksi terdiri daripada pihak bomba, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan orang awam.

Sisa kimia terbabit juga telah menghantar sisa kimia terbabit kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebanyak lapan tong dipercayai berisi bahan kimia dibuang secara haram ke dalam alur parit di kawasan perindustrian, Jalan Desa Aman, Sungai Buloh dekat sini.

Kejadian itu dikesan kira-kira pukul 2 petang pada 24 September lalu dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bergegas ke lokasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI