fbpx

Guru rugi RM160,750 diperdaya scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TEMERLOH – Seorang guru mengalami kerugian sebanyak RM160,750 selepas terperdaya dengan scammer yang menyamar sebagai pihak Shoppe dan pihak polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada bulan lalu selepas wanita yang berumur 34 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pihak Shoppe yang menyatakan mangsa menjalankan perniagaan di Shoppe dan mangsa diminta membuat laporan penafian melalui satu sistem diberikan.

“Mangsa kononnya disambungkan ke Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan dimaklumkan akan mendapat satu panggilan video daripada pihak polis sebelum mangsa diminta memegang kad pengenalan untuk mengesahkan identiti dan disambungkan kepada pegawai polis Bukit Aman.

“Mangsa dimaklumkan telah terlibat dalam penggubahan wang haram serta penyeludupan dadah dan bagi membuktikan tidak bersalah mangsa perlu melaporkan diri kepada Inspektor Hanan setiap dua jam,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, mangsa kemudiannya dihubungkan pula dengan individu yang menyamar sebagai pihak polis bagi menyelesaikan hal tersebut.

Katanya, mangsa telah pergi ke sebuah bank di sini untuk membuat pinjaman peribadi dan membuat permohonan kad ATM dan setelah menerima kad ATM mangsa memberikan maklumat perbankan dalam talian kepada individu yang menyamar sebagai polis.

“Setelah pinjaman diluluskan mangsa telah melakukan 11 kali transaksi melalui mesin deposit tunai dan secara dalam talian kepada beberapa akaun bank yang berbeza dengan anggaran kerugian adalah sebanyak RM160,750.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan mudah percaya dengan dakwaan diterima melalui panggilan telefon daripada individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI