fbpx

4,319 penerima bantuan i-Sejahtera fasa 3 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siew Khim (tengah) ketika sidang akhbar di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Pembayaran secara Electronic Funds Transfer (EFT) Fasa 3/2024 bagi program i-Sejahtera akan dilaksanakan kepada 4,319 orang penerima mulai esok.

Pengerusi Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, kesemua penerima merangkumi 2,936 penerima Program Penghargaan Warga Emas (PPWE), 177 penerima Program Bantuan Ibu Tunggal (PBIT), 780 penerima Program Suri Emas (PSE) dan 426 penerima Program bantuan orang kelainan upaya (OKU) yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM768,100.

“Pembayaran Fasa 3/2024 hanya akan dibuat kepada pemohon baharu yang mendaftar sebelum 30 Jun setiap tahun.

“Orang ramai boleh membuat pendaftaran untuk program iSejahtera melalui laman web i-Sejahtera https://isejahtera.penang.gov.my,” katanya di sini hari ini.

Menurut Siew Khim, permohonan yang dikemukakan selepas 30 Jun 2024 akan menerima bantuan program i-Sejahtera pada Fasa 1/2025.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai boleh menyemak status pembayaran yang diumumkan secara berperingkat mulai 14 Oktober melalui laman web i-Sejahtera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI