fbpx

Penganjur janji LTdL akan lebih ‘padu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN LTdL edisi ke-28 kali ini melabuhkan tirainya selepas berakhir peringkat kelapan di Bintulu, Sarawak kelmarin. - SHIDDIEQIIN ZON

BINTULU – Ketua Pegawai Operasi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, Emir Abdul Jalal berharap edisi perlumbaan berstatus 2.Pro itu akan lebih kompetitif dengan penyertaan lebih banyak pasukan bertaraf WorldTeam dan ProTeam pada masa depan.

Menurutnya, pihak sekreteriat juga mahu terus melihat pelumba ‘merana’ selepas menyaksikan perlumbaan edisi ke-28 kali ini lebih terbuka dengan semua pelumba antarababgsa memberikan prestasi terbaik dalam lapan peringkat diharungi sejak 29 September lepas.

“Secara keseluruhan, apa yang kita rancang untuk saingan kali ini berjaya tetapi bukan sepenuhnya. Risiko yang diambil agak besar, ada pergerakan berskala besar dari Langkawi ke Perlis dan Johor ke Sarawak.

“Apa yang pasti, persediaan perlumbaan tidak semudah dahulu di mana perancangan yang khusus perlu dilakukan terutama ketika pergerakan dari Senai ke Miri.

“Sebagai penganjur, saya mengakui ada beberapa kesilapan, ada benda di luar kawalan. Apa pun, peringkat ketujuh (Miri ke Bintulu) berlangsung dengan baik kerana pasukan tarik diri atau memarahi komisar.

“Kita juga mengharapkan lebih banyak pasukan WorldTeam dan ProTeam untuk terus bersama LTdL pada masa akan datang,” katanya.

Sebagai rekod, sebanyak tiga pasukan WorldTeam dan tujuh wakil ProTeam bersaing pada saingan LTdL kali ini.

Sementara itu, Emir turut menganggap kemalangan yang berlaku pada peringkat kedua dari Arau ke Butterworth sebagai asam garam mana-mana perlumbaan elit.

“Secara keseluruhan, ada sedikit kemalangan (peringkat kedua) kerana ketika itu pelumba terlampau mahukan kemenangan, laluan pula ada yang bahaya tetapi masih selamat.

“Mengenai persediaan pelumba tempatan, saya lihat mereka belum cukup mantap tetapi tidak boleh salahkan mereka juga kerana senarai pelumba ProTeam dan WorldTeam sangat hebat.

“Prestasi pelumba Jepun juga agak mengejutkan kerana sudah lama mereka tidak menunjukkan kehandalan di sini. Bagi saya tanpa Genting Highlands (edisi kali ini) mungkin lebih menarik,” katanya.

Pelumba sedang meningkat naik, Max Poole daripada pasukan WorldTeam, Team dsm-firmenich PostNL mencipta sejarah sebagai juara keseluruhan LTdL 2024 pada usia 21 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI