fbpx

Penjaring hatrik Barca tak ‘makan’ pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI (kanan) meledak tiga jaringan membantu Barcelona menang 3-0 ke atas Alaves kelmarin. - AFP

VITORIA, Sepanyol – Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski enggan menerima pujian secara individu selepas melakar hatrik untuk memastikan kemenangan 3-0 ke atas Alaves pada aksi La Liga di Stadium Mendizorrotza kelmarin.

Selepas merekodkan 12 gol dalam 11 penampilan, bintang Poland itu menghamburkan pujian kepada rakan sepasukan kerana sentiasa tampil cemerlang untuk memudahkan kerjanya mencetak jaringan.

“Saya menerima hantaran yang bagus, jadi ia memudahkan kerja saya untuk menjaringkan gol. Kami bermain secara menyerang dengan baik sejak daripada awal permainan.

“Kami sudah pun bekerja dengan baik sepanjang pramusim dan kami memiliki barisan berkualiti. Jika kami menjaringkan tiga gol di babak pertama, sudah pasti kami akan lebih mendominasi di babak kedua.

“Dengan kelompok pemain seperti ini, kami boleh bermain dengan lebih baik. Inilah bola sepak, kami kena bermain pada tahap 100 peratus tanpa mengira siapapun lawan kami,” katanya.

Dalam masa sama, Lewandowski juga menaruh harapan kelab Catalan itu mampu mengatasi setiap halangan dan boleh tampil lebih baik selepas rehat antarabangsa selepas ini khususnya apabila pemain yang cedera kembali sertai pasukan.

“Kami bermain setiap tiga hari dan saya tidak pernah lagi bermain lima perlawanan dengan hanya dua hari rehat. Saya harap mereka yang cedera dalam kembali ke pangkuan pasukan.

“Saya juga harap selepas rehat nanti kami mampu untuk tampil lebih kuat berbanding sebelum ini,” jelas Lewandowski. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI