fbpx

Melaka mohon bajet jejambat pusingan U bertingkat atasi ‘jem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF menyantuni pengguna jalan pintas Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram di Masjid Tanah, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri telah mengemukakan permohon peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pembinaan jejambat pusingan U bertingkat (elevated U-turn) yang pertama di Melaka bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri akan memanjangkan cadangan tersebut kepada kerajaan pusat sekiranya permohonan tersebut diluluskan.

Kata beliau, inisiatif berkenaan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 70 peratus di beberapa lokasi yang dikenalpasti.

“Kerajaan negeri sudah memohon kepada pihak JKR sekiranya dapat dipertimbangkan pemberian bajet untuk (membina) pusingan U bertingkat yang (kemudian) kita akan pohon (panjangkan) kepada kerajaan Pesekutuan tidak lama lagi.

“Sekiranya semua ini berjaya maka kesesakan lalu lintas di Melaka dapat dikurangkan melebihi 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Penyerahan dan Perasmian Jalan Pintas dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram di sini, hari ini.

Terdahulu, Ab. Rauf merasmikan jalan pintas sepanjang tiga kilometer yang akan menyingkatkan masa perjalanan penduduk sekitar ke Alor Gajah melalui Masjid Tanah sehingga 20 minit.

Sementara itu, mengenai pelaksanaan no right turn, Ab. Rauf berkata, satu kajian terperinci sedang dilaksanakan oleh pihak JKR bagi menentukan simpang ke kanan yang berpotensi untuk ditutup di sepanjang jajaran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Menurutnya, setakat ini enam lokasi telah dikenalpasti antaranya di jajaran Ayer Keroh, Cheng dan kawasan berhampiran Masjid Al-Azim.

“Penyelarasan untuk penutupan ini masih di peringkat kajian dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI