fbpx

100,300 pengguna di Seberang Perai sudah terima bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pemasangan paip baharu di Permatang Pauh sudah siap dilakukan

SEBERANG PERAI – Seramai 100,300 daripada 118,000 pengguna Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang terkesan akibat kerja penggantian paip baharu di Permatang Pauh telah menerima bekalan air sejak pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan berkata, sehingga pukul 10 pagi, sebanyak 85 peratus pengguna menerima semula bekalan air.

“Dua bahagian yang telah dibaiki bagi saluran paip air terawat utama 1.2 meter (m) di Jalan Pengkalan Tambang dan Politeknik Permatang Pauh berfungsi sepenuhnya.

“PBAPP telah memulakan semula pengeluaran air terawat yang optimum dan kerja- kerja pengepaman air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau walau bagaimanapun berkata, masih berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan menerusi aduan daripada pengguna.

Antaranya di Perkampungan Juru, Taman Seruling Emas, Sungai Duri Indah, Taman Widuri, Taman Kesumba, Jalan Sungai Duri, Persiaran Jawi Golf Resort dan Tasek Junjong.

“Sehubungan itu, kakitangan PBAPP telah ditugaskan untuk menangani isu-isu tertentu di setiap kejiranan.

“Pasukan kerja kami juga sedang mempercepatkan kerja-kerja ‘de-airing’ saluran paip di pelbagai lokasi di SPT dan SPS untuk memulihkan bekalan air sepenuhnya secepat mungkin.

“Kami memohon kesabaran dan pemahaman yang baik daripada semua pengguna terjejas dan kemas kini status pemulihan akan dimuatnaik di laman Facebook,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 40 kawasan di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan akan berdepan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 24 jam bermula Jumaat lalu.

Ia susulan kerja pembaikian paip bocor berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI