fbpx

‘Pujuk tak jadi kalau sebelah pihak’ – Fattah masih sayang Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah masih sayangkan bekas isteri, Fazura walaupun sudah bercerai talak satu. – FARIS RUSADIO

SHAH ALAM – Pelakon sensasi Fattah Amin reda apabila perkahwinannya dengan Fazura tidak berpanjangan.

Tegas Fattah atau nama lengkapnya, semuanya sudah ditentukan Allah selain memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.

“Kita tidak tahu jodoh kita dengan siapa yang kita akan jumpa. Sudah ditakdirkan jodoh saya dengan dia, saya terima.

“Namun, Allah sudah tetapkan jodoh kami tak berpanjangan, sampai di situ sahaja.

“Saya reda tetapi doakan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sekiranya dia akan memujuk bekas isteri, aktor itu hanya memaklumkan usaha menjernihkan hubungan tidak akan berjaya kalau melibatkan sebelah pihak sahaja.

“Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.

“Dia kena ada usaha daripada dua belah pihak,” jelasnya.

Dalam masa sama, Fattah memaklumkan dia masih sayangkan Fazura walaupun sudah berpisah.

“Saya juga masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup,” ujarnya.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI