fbpx

Tiga hari Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangannya, Tengku Natasya Puteri berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan.

PETALING JAYA – Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang pada hari ini.

Hantaran itu turut memaklumkan, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman sempena bakal berlangsung Istiadat Perkahwinan Diraja di Taman Duta, Kuala Lumpur semalam.

Malah, baginda berdua turut berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta, semalam.

Majlis Adat Midodareni merupakan salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Che Puan Panglima Raja Puteri Suraiya Afzan, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana.

Terdahulu pada kelmarin, Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI