fbpx

Buka aib: Peguam nasihat Fattah kunci mulut, Fazura boleh kena tindakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah (tengah) berjalan keluar dari kompleks mahkamah selepas sah bercerai talak satu.

SHAH ALAM – Peguam syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili pelakon Fattah Amin memaklumkan antara terma perjanjian cerai anak guamnya dengan Fazura ialah perlu menjaga aib dan tidak memburukkan antara satu sama lain selepas perjanjian ditandatangani.

Justeru Zulkifli berkata, beliau sentiasa menasihati Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, dalam memberikan kenyataan, selain tidak lari daripada perjanjian yang telah dipersetujui.

“Masing-masing ada alasan tetapi berdasarkan perjanjian ini, tidak boleh diaibkan. Saya belum menilai kenyataan pihak sana (Fazura).  Anak guam saya perlu menilai dulu apa kenyataan-kenyataan yang berbentuk tohmah atau mengaibkan dan sekiranya berlaku ia satu pelanggaran terhadap perjanjian,” kata peguam itu.

Beliau berkata sekiranya ada pelanggaran terhadap perjanjian itu, pihak yang manjadi mangsa boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah.

“Sekiranya dibenarkan, mahkamah akan mengeluarkan satu notis tunjuk sebab kenapa seseorang itu patut dipenjarakan kerana tidak melaksanakan perintah yang telah ditetapkan. Justeru itu, kedua-dua pihak perlu melaksanakan terma-terma yang telah dipersetujui,” katanya.

Terdahulu, Fazura dalam sidang akhbar selepas prosiding kes mendedahkan bahawa punca perceraiannya adalah disebabkan oleh kecurangan Fattah.

Malah, Fazura atau nama lengkapnya Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, turut memaklumkan aktor itu tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak mereka Nur Fatima Aisya.

Dalam isu lain, Fazura turut mengakui banyak pengorbanan diambil antaranya termasuk membelikan sebuah kereta mewah jenis Range Rover untuk keselesaan pelakon itu.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura berkata setelah meneliti cadangan persetujuan yang dikemukakan pihak defendan (Fattah) berkaitan perceraian, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk bercerai.

Menurut Fakhrul, mengenai hak penjagaan anak perkara itu akan direkodkan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Dalam pada itu, Fakhrul berkata pihaknya telah mengemukakan notis saman kepada individu yang membuat kenyataan tidak benar berkaitan rumah tangga pasangan selebriti itu.

“Individu itu telah menyatakan Fazura telah mengkambing hitamkan Fattah, seolah-olah Fazura telah menimbulkan isu berkaitan dengan curang sebelum kita hadir ke mahkamah.

“Sebenarnya Fazura tidak pernah cakap langsung sebelum ke mahkamah bahawa berlakunya curang antara Fattah,” jelasnya.

Pada prosiding itu, Fattah melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh di Mahkamah Syariah Petaling di Subang Bestari.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Selepas talak dilafazkan, Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI