fbpx

2 lelaki ditahan jual alas kaki corak masjid, kaabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alas kaki bercorak masjid dan kaabah yang dijual di sebuah bazar di George Town.

GEORGE TOWN – Dua lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penjualan karpet alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan kaabah di sebuah bazar perniagaan di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 26 dan 41 tahun yang ditahan itu merupakan pemilik dan pekerja di bazar jualan karpet tersebut.

“Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan semalam yang mendapati karpet alas kaki yang dibelinya dari sebuah khemah bazaar mengandungi corak menyerupai bentuk kaabah dan masjid.

”Sebelum itu, kelmarin semasa lelaki ini berada di salah sebuah khemah bazaar perniagaan di pusat bandar dia telah melihat beberapa karpet disyaki alas kaki bercorak kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai dan dia telah membeli karpet tersebut dan membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI