fbpx

Banjir: Mangsa di Kedah terus meningkat, 1 lagi PPS dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah di Kampung Belukar di daerah Kubang Pasu yang dilanda banjir sejak awal pagi semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Bilangan mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 324 orang setakat pukul 9.30 pagi ini dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu, malam tadi.

Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang dibuka di Dewan PPK Lubuk Batu pada pukul 9.26 malam itu menempatkan seramai 47 mangsa daripada 17 buah keluarga.

Sebuah lagi PPS di Kubang Pasu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun pula menempatkan seramai 176 orang daripada 58 keluarga.

Sementara itu, PPS di Pendang iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dihuni seramai 101 orang daripada 22 keluarga.

Dalam pada itu, empat sungai yang merekodkan paras bahaya adalah Sungai Laka dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu serta dua lokasi di Sungai Anak Bukit iaitu di Taman Aman dan Jambatan TAR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI