fbpx

[VIDEO] ‘Semoga semuanya dipermudahkan’ – Fattah tenang, tak sugul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampilan Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari bagi sebutan kedua tampak lebih tenang. – FARIS RUSADIO

SHAH ALAM – Berbeza dengan kehadiran pada sesi prosiding pertama permohonan cerai difailkan Nur Fazura, kemunculan pelakon Fattah Amin, 34, di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari bagi sebutan kedua tampak lebih tenang.

Pelakon filem Pendekar Awang itu tidak lagi kelihatan sugul seperti kehadirannya di mahkamah sama pada 25 September lalu.

Bahkan, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, kedengaran lebih ceria bersuara apabila meminta kira-kira 50 wakil media mendoakan kelancaran urusannya hari ini.

“Doa-doa yang baik, semoga segalanya dipermudahkan,” katanya ketika tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi iaitu 11 minit selepas kehadiran isterinya.

Fattah diiringi Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong yang sebelum itu menyatakan adanya tanda positif terhadap perjalanan kes perceraian pasangan terbabit dengan penyelesaian secara baik.

Hadir menggenakan sut biru lengkap bersongkok, aktor berkenaan turut menjawab mengenai keadaan puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4.

“Dia gembira dapat luangkan waktu dan menyambut ulang tahun kelahirannya dengan daddy dia,” katanya.

Pagi ini, pasangan sensasi itu hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua tuntutan perceraian yang difailkan Nur Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, pada 13 September lalu.

Begitupun, pada sebutan pertama kira-kira dua minggu lalu Fattah mengakui belum sedia menceraikan isterinya kerana masih sayang.

Bintang filem Gol & Gincu itu pula kemudian menegaskan nekad bercerai demi maruah diri dan kesejahteraan anak tunggal mereka.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI