fbpx

Banjir: 120 mangsa dipindahkan ke PPS di Pontian malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASRUNIZAH (berdiri tudung putih) meninjau mangsa-mangsa banjir di PPS SK Seri Anom, Sanglang, Pontian, yang dipindahkan malam tadi.

PONTIAN – Daerah Pontian menjadi daerah terbaru di negeri Johor dilanda banjir apabila 120 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Anom malam semalam.

Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPDP) Pontian, Kapten (A) Muhammad Izzudin Ali berkata, mereka terdiri dari 39 keluarga dari Kampung Parit Jawan, Parit Gantung dan Parit Lancang di Sanglang dipindahkan ke PPS pada pukul 8.30 malam.

Katanya, banjir berpunca hujan lebat yang turun selama dua jam dan air dipercayai turun dari Simpang Renggam ke Benut.

“Kami menerima panggilan dari Penghulu Mukim Ayer Baloi yang memberitahu beberapa kawasan seperti di Parit Gantung, Parit Lancang dan Parit Jawa telah dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Muhammad Izzudin, mereka yang dipindahkan terdiri daripada 33 lelaki dewasa, wanita (27), kanak-kanak lelaki (15), kanak-kanak perempuan (23 ), bayi lelaki dan perempuan masing-masing 2.

“Manakala warga emas lelaki seramai 13 dan warga emas wanita 5 orang,”jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Hasrunizah Hassan dan Pegawai Daerah Pontian yang baru, Kamaluddin Jamal telah meninjau mangsa-mangsa banjir pada malam tadi di SK Seri Anom.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI