fbpx

Banjir: Pendang pula dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah di Kampung Kubang Betong di daerah Kubang Pasu yang mula dinaiki air pada pagi tadi. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 271 orang daripada 77 keluarga sehingga pukul 10.30 malam ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kubang Pasu dan Pendang.

Jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun di Kubang Pasu seramai 170 orang manakala PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang pula seramai 101 orang.

PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dibuka pada pukul 6 petang tadi.

Sementara itu, tiga sungai yang berada pada paras bahaya adalah Sungai Laka di Kubang Pasu, Sungai Perik di Padang Terap dan Sungai Anak Bukit di Kota Setar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI