fbpx

Majikan wajib bayar kos vaksin pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Majikan wajib membiayai semua kos vaksin termasuk ujian pengesanan Covid-19 bagi pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan berkata, ia selaras dengan Seksyen 24J (F) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

“Ini susulan arahan Kerajaan berdasarkan Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang menetapkan semua pekerja asing menjalani ujian saringan Covid-19 dengan majikan menanggung fi, kos dan caj bagi ujian itu.

“Mulai 11 Januari, Pasukan Task Force Program Saringan Kesihatan Covid-19 yang terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melaksanakan operasi khas ke tempat majikan yang menggaji pekerja asing bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran majikan dalam membendung dan mencegah penyebaran penyakit berjangkit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI