fbpx

Capati basi dijadikan mi segera ‘trending’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDANGAN baharu menggunakan capati dan mi segera ciptaan Mac Singh. - Foto Instagram/dietitianmacsingh

NEW DELHI – Seorang pengguna media sosial di India mencetuskan perdebatan ramai kerana memperkenalkan menu rekaannya yang menggunakan capati basi bagi menggantikan mi segera, lapor laman berita Hindustan Times kelmarin.

Mac Singh menerusi akaun @dietitianmacsingh di laman Instagram dikenali ramai kerana sering berkongsikan resipi penurunan berat badan.

Bagi resipi terbaharunya, Mac menampilkan capati basi sebagai bahan asas untuk membuat mi segera goreng yang digelar ‘roti Maggi’.

Hidangan itu bermula dengan memotong roti basi dan memanaskan minyak di dalam kuali. 

Mac kemudian menumis bawang, cili hijau, puri tomato dan menambah rempah-ratus termasuk serbuk cili merah, kunyit serta garam untuk meningkatkan rasa. 

Akhirnya, dia menggabungkan kepingan capati yang sudah dipotong itu dengan adunan sos sebelum ia dihidangkan.

Seorang pengguna media sosial memberikan komen dengan menulis: “Ini adalah genius! Saya boleh menghabiskan sisa capati saya!”.

Namun, seorang lagi mengulas: “Mengapa memanggilnya Maggi sedangkan tidak ada Maggi?” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI