fbpx

Milo cungkil bakat pemain muda dalam sukan futsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Kerwin (kanan) bergambar bersama pemenang Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Karnival Futsal Hidup Bola atau lebih dikenali sebagai Hidup Bola anjuran jenama terkenal daripada Nestle (Malaysia) Berhad iaitu Milo kini telah memasuki edisi ke-18 tahun dan telah berjaya menarik serta menggalakkan penglibatan pemain muda di peringkat akar umbi dalam sukan futsal di negara ini.

Ketua Pemasaran Sukan Milo, Nestle, Lim Kerwin berkata, sebagai jenama yang bertekad untuk membudayakan amalan hidup cergas dan sihat dalam kalangan masyarakat, sukan sememangnya memainkan peranan penting untuk memenuhi matlamat kami yang lebih luas untuk membina sebuah negara yang lebih sihat. 

Menurut beliau, pihaknya sentiasa berusaha menyemai nilai-nilai murni di dalam dan luar gelanggang seperti kesungguhan, disiplin dan kerjasama sepasukan menerusi futsal sebagai salah satu sukan paling popular dalam kalangan rakyat.

“Bakat pemain futsal muda di kejohanan Hidup Bola memang hebat, justeru itu kami berusaha sedaya upaya untuk memberi peluang kepada seberapa ramai pemain untuk menyerlahkan kemahiran masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kerwin menjelaskan, Karnival Futsal Hidup Bola berjaya membuktikan kemampuan sukan untuk menyatupadukan masyarakat dan mendorong belia mencapai impian masing-masing. 

“Kejohanan ini terus menjadi platform utama untuk Milo mencungkil bakat dan membolehkan bintang-bintang muda untuk menyerlah,” ujarnya.

Karnival tahun ini telah berlangsung di 14 lokasi seluruh negara dan menyaksikan penyertaan seramai 12,000 peserta.

Pasukan Court Soccer A dari Kuala Lumpur telah muncul juara pusingan akhir kejohanan tahun ini bagi kategori Bawah-16, membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.00 dan piala MILO Hidup Bola.

Pertandingan tahun ini juga menyaksikan pencapaian hebat pasukan PFA Odin FC dari Sarawak, yang meraih gelaran naib juara pertama dalam dalam kategori Bawah-16 selepas kemenangannya sejak tahun 2019.

 Sementara itu, pasukan Akademi Bola Sepak Wira Muda (AWM) dari Pulau Pinang muncul juara bagi kategori Bawah-12, pertama kali menjulang gelaran juara kejohanan Milo Hidup Bola sejak kelab tersebut ditubuhkan pada 2018. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI