fbpx

163 mangsa banjir dipindahkan ke PPS SMK Changlun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah di Kampung Kubang Betong dalam daerah Kubang Pasu yang dilanda banjir, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Seramai 163 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun setakat pukul 5 petang tadi.

PPS itu dibuka pada pukul 2.30 pagi tadi selepas lapan kampung dinaiki air ekoran hujan lebat dari petang semalam hingga tengah malam tadi.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Nangmah, Kampung Kubang Kayu, Kampung Paya Lantau, Kampung Paya Nongmi, Kampung Belukar, Kampung Bendang Tok Leh dan Kampung Padang Halban.

Sementara itu, lima sungai berada paras bahaya iaitu Sungai Laka di Kampung Padang Pasir dalam daerah Kubang Pasu dan Sungai Perik di Kampung Perik dalam daerah Padang Terap.

Di Kota Setar pula melibatkan Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR serta Sungai Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI