fbpx

Polis rampas dadah RM1.445 juta, tahan pasangan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB (dua kanan) menunjukkan antara dadah bernilai lebih RM1.445 yang dirampas daripada sindiket aktif sejak Ogos lalu dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih antara tiga yang ditahan polis dalam empat serbuan di bandar raya ini kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai lebih RM1.445 juta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, semua mereka yang ditahan berusia antara 26 hingga 35 tahun ditahan pada 28 September lalu.

Menurut beliau, ketiga-tiga mereka bukan sahaja merupakan individu yang mengedarkan dadah tersebut dalam pasaran, tetapi juga merupakan dalang bersama-sama.

“Sindiket ini dipercayai telah aktif sejak Ogos lalu. Modus operandi adalah menjadikan pangsapuri dan rumah teres dua tingkat sebagai tempat pembungkusan dan penyimpanan dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan.

“Mereka mengisi dadah dalam paket minuman segera yang dijual dengan harga antara RM200 hingga RM300 satu paket,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Tambah Raub, antara yang dirampas dalam serbuan itu adalah 8,621.40 gram serbuk ekstasi; 164 gram ketamin; 15.80 gram pil eramin 5 dan lima gram syabu yang semuanya bernilai lebih RM1.445 juta.

“Jumlah dadah ini boleh digunakan seramai 9,560 penagih. Selain itu, polis turut menyita wang tunai RM385, dua utas gelang tangan, seutas rantai leher dan sepasang subang selain alat penimbang digital, alat pengisar dan satu anak kunci rumah.

“Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek lelaki positif dadah amphetamine. Selain itu, dua daripada mereka termasuk seorang wanita juga mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” jelasnya.

Beliau menambah, kesemua suspek telah direman selama 13 hari sehingga 11 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI