fbpx

Geng Meot aktif curi kereta lama tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB (dua kanan) menunjukkan antara kereta yang dicuri Geng Meot dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kumpulan penjenayah, Geng Meot yang aktif mencuri kenderaan di sekitar bandar raya ini berjaya ditumpaskan seelpas polis memberkas tiga lelaki dalam lima serbuan di Johor Bahru dan Kota Tingig.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesmeua suspek yang berusia 35 hingga 44 tahun itu ditahan pukul 12.30 tengah malam, 30 September sehingga 5.30 pagi, 1 Oktober lalu.

“Serbuan dibuat di lima lokasi berasingan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 75 tahun pada 30 Ogos lalu yang memaklumkan kenderaannya hilang di hadapan sebuah hotel di Mount Austin,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Menurut Raub, kumpulan tersebut menyasarkan kenderaan lama sebelum merosakkan pintu dan menghidupkan enjin dengan menggunakan ‘allen key’ yang diubah suai.

“Suspek mengaku melakukan kegiatan mencuri kenderaan itu. Semakan mendapati ketiga-tiga mereka mempunyai lebih 20 rekod kes jenayah dan dadah,” katanya.

Suspek ditahan reman sejak 30 September lalu sehingga esok dan akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI