fbpx

Luahan Pembaca: Tiang ini berkarat, tolong cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIANG papan tanda menunjukkan Jalan Penulis U1/42, Seksyen U1, Shah Alam yang berkarat.

SAUDARA PENGARANG,

Papan tanda jalan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menunjukkan arah sesuatu lokasi hendaklah berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Malah, salah satu daripada tanggungjawab hakiki sesebuah PBT adalah menjaga aset-aset supaya tidak berada dalam keadaan cacat ataupun sakit mata memandang.

Justeru, penulis ingin menggesa agar pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya membaik pulih papan tanda jalan yang kurang sempurna ini. Papan tanda jalan yang dimaksudkan ialah di Jalan Penulis U1/42 di Seksyen U1, Bandar Raya Shah Alam.

Tiang untuk papan tanda jalan ini, sudah bertahun berkarat.

Penulis telah membuat aduan kepada MBSA dengan menghantar e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam pada Khamis, 18 Julai lalu. Pada keesokan harinya, MBSA memberikan Nombor Rujukan Aduan, iaitu MBSA 036251.

Sebagai tindakan susulan, penulis telah membuat tinjauan ke lokasi Ahad, 18 Ogos lalu, namun tiang yang berkarat masih belum dicat.

Penulis sekali lagi menghantar e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam pada Isnin, 19 Ogos lalu, menggesa agar pihak MBSA mengambil tindakan segera.

Dukacita sekali, dalam tinjauan penulis kali kedua pada Ahad, 29 September lalu, aset yang cacat masih belum diambil tindakan. Para pembaca boleh melihat dari gambar yang disertakan.

Maka, dengan tersiarnya aduan tentang kecacatan papan tanda jalan di ruangan Luahan Pembaca ini, adalah diharapkan agar pihak MBSA dapat mengambil tindakan positif dengan segera, demi kebaikan bersama.

KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI