fbpx

Kementerian Komunikasi struktur semula JKOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (berdiri empat dari kiri) bergambar bersama Komuniti Madani dan kakitangan jabatan di bawah Kementerian Komunikasi di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Komunikasi akan menstrukturkan semula Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) bagi memperkasa fungsi dan peranan jabatan itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini tugas Ketua Pengarah JKOM dipangku Timbalan Ketua Pengarah jabatan tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menentukan tempoh masa yang diperlukan dalam lantikan semula Ketua Pengarah JKOM baharu.

“Saya akan meminta Ketua Setiausaha kementerian meneliti semula penstrukturan JKOM termasuk menyelaraskan isu perjawatan dan organisasi jabatan tersebut.

“Kita juga akan memindahkan pejabat JKOM dari Pejabat Perdana Menteri kembali ke Kementerian Komunikasi,” katanya sidang akhbar selepas pelancaran Program Kita Madani peringkat negeri Perlis, di sini hari ini.

Pada 25 September lalu, Fahmi mengesahkan Ketua Pengarah JKOM, Dr. Mohd Khairuddin Othman ditamatkan perkhidmatan di jabatan tersebut.

Dalam pada itu, Fahmi turut menggesa masyarakat untuk mendapatkan maklumat sahih dengan merujuk kepada penyampaian maklumat di media arus perdana. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI