fbpx

Acu pisau dekat polis selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika berada di keretanya yang terbabas, selepas mengacukan pisau kepada anggota polis yang cuba membantunya.

KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki bertindak mengacu pisau kepada anggota polis yang cuba membantunya selepas kereta yang dipandu terbabas di Jalan Expressway Samarahan-Kuching berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, lelaki berusia 24 tahun itu bagaimanapun dapat diberkas dengan bantuan anggota bomba yang turut berada di lokasi.

Dalam kejadian pada pukul 11.35 pagi itu, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Samarahan menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas di Jalan Expressway Samarahan-Kuching.

“Anggota MPV yang tiba di lokasi cuba membantu pemandunya sebelum diacu pisau. Lelaki itu kemudian cuba ditenangkan pihak berkuasa namun gagal memberikan kerjasama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jaimi berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, namun keputusan ujian air kencingnya negatif. Sebilah pisau pemotong sayur yang digunakan dalam kejadian itu dirampas.

Lelaki itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI