fbpx

F1: William yakin gandingan pelumba terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ (kanan) bakal menyertai Williams musim depan untuk membentuk gandingan bersama Albon musim depan. - AGENSI

GROVE, United Kingdom – Williams Racing melaungkan amaran awal kepada pasukan-pasukan pencabar apabila menganggap mereka memiliki barisan pemandu terbaik menjelang saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Ketua Pasukan Williams, James Vowles percaya gandingan Alex Albon dan Carlos Sainz mampu memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan pilihan seperti Red Bull, Ferrari, McLaren dan Mercedes.

Kehadiran Sainz yang merupakan pemenang tiga perlumbaan Grand Prix (GP) sedikit sebanyak mampu memberi suntikan kepada pasukan itu, ditambah pula dengan kepakaran dimiliki pasukan kejuruteraan.

“Pada 2025, saya fikir kami memiliki barisan pelumba terbaik yang berada di grid. Franco (Colapinto) sudah melakukan tugas yang sangat baik setakat ini, tetapi dia belum ada pengalaman seperti Carlos (Sainz).

“Saya bukan hanya bercakap dari perspektif perlumbaan, malah ia turut melibatkan kemampuan membantu pasukan bergerak ke hadapan. Menerusi dua pelumba ini, ia mampu memberi motivasi kepada pasukan,” kata Vowles.

Beliau menjelaskan, ada alasan tersendiri mengapa beliau berani meramalkan Williams mampu memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan gergasi lain dan ia disebabkan kepakaran serta teknik perlumbaan dimiliki dua pemand tersebut.

“Mereka sentiasa menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlumbaan, terutamanya Carlos yang sering bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik. Dia juga sudah menewaskan beberapa pelumba berkenaan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI