fbpx

Kerajaan salur RM268 juta atasi masalah banjir di Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika mengadakan lawatan ke kawasan banjir di Kampung Usahajaya, Sentosa, Sibu, Sarawak hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM268 juta bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sibu, Sarawak melibatkan tiga fasa secara keseluruhannya.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Projek RTB Sibu bermula dengan pelaksanaan Fasa 1 dan Fasa 2 melibatkan kos kontrak sebanyak RM183 juta dan telah siap sepenuhnya pada 2012 dan 2015.

Jelasnya, projek itu telah memberi manfaat perlindungan risiko bencana banjir kepada lebih 10,000 penduduk dengan keluasan
400 hektar (988.4 ekar).

“Ia yang melibatkan kawasan kediaman, komersial dan sekolah di sekitar Jalan Upper Lanang termasuk Kem Pasukan Gerak Am (PGA).

“Manakala, RTB Fasa 3 yang melibatkan kos kontrak sebanyak RM85 juta telah siap sepenuhnya pada 1 Disember 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dengan terlaksananya projek itu, lebih 15,000 penduduk di Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Datu Baru dan kawasan perumahan.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak di bawah RMKe-12 telah meluluskan skim projek Fasa 4 bernilai RM120 juta bagi meneruskan pelaksanaan RTB Sibu.

Ujar beliau, projek itu dijangka akan dapat melindungi kawasan seluas 618 hektar (1527 ekar) setelah siap dilaksanakan kelak yang sebahagian besarnya meliputi kawasan Bukit Assek.

Terdahulu dalam kenyataan sama, Fadillah turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke kawasan banjir di Kampung Usahajaya, Sentosa, Sibu, Sarawak hari ini.

“Bagi menyelesaikan isu ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu turut telah menerima peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah peruntukan Projek Rakyat Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di kampung tersebut yang dijangka disiapkan pada April 2025.

“Manakala bagi mengurangkan beban rakyat setempat akibat bencana banjir, sebanyak RM1.5 juta turut diperuntukkan oleh Kerajaan
Persekutuan bagi melaksanakan kerja-kerja segera penyelenggaraan dan baik pulih struktur yang rosak akibat banjir,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI