fbpx

Sanggup tipu polis, takut bini marah duit hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan selepas membuat laporan palsu di Balai Polis Kota Samarahan, semalam kerana menghilangkan wang isterinya sebanyak RM850.

KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki sanggup membuat laporan palsu gara-gara takut dimarahi isteri kerana wang wanita itu berjumlah RM850 hilang.

Perbuatan suspek berusia 25 tahun itu memakan diri apabila dia diberkas pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, suspek membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan pada pukul 8.22 malam semalam mendakwa dia disamun dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 dan Honda Wave.

Suspek mendakwa dia mengalami kecederaan selepas dilibas kerambit sehingga kehilangan wang tunai RM850. Tiga bungkusan milik pelanggan dan telefon bimbit Redmi Note 9 berwarna biru turut dilarikan dalam kejadian di Kampung Tanjung Bundong itu.

Walau bagaimanapun, hasil soal siasat pihak polis mendapati kejadian jenayah samun itu sebenarnya tidak berlaku.

“Suspek mengaku membuat laporan palsu kerana wang isterinya RM850 hilang semasa tidur di tempat letak kereta di Bandar Riyal. Dia berbuat demikian bagi mengelak dimarahi wanita itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI