fbpx

Badang negara sasar angkatan 305kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ tekad untuk menaiki podium pada Kejohanan Dunia di Bahrain pada Disember depan.

JAGUH angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan tetap tidak berganjak daripada sasaran untuk melakukan angkatan keseluruhan 305 kilogram (kg) menjelang Kejohanan Dunia IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa) di Bahrain pada Disember depan.

Atlet berusia 22 tahun itu dilihat berada pada landasan terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut selepas memenangi pingat emas kategori 61kg pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel di Fiji bulan lalu.

Aniq yang meletakkan sasaran untuk menaiki podium di Kejohanan Dunia nanti bagaimanapun dijangka berdepan cabaran sukar apabila perlu bersaing dengan beberapa atlet negara lain, termasuk juara Olimpik Paris 2024 dari China, Li Fabin.

“Saya kembali menjalani latihan seminggu selepas pulang dari Fiji dan sasaran saya adalah untuk memenangi pingat di Bahrain nanti. Selepas Kejohanan Komanwel dan Olimpik, saya fikir boleh buat lebih daripada itu.

“Atlet China (Fabin) sedang mendahului ketika ini dengan 310kg (dilakukan di Olimpik) dan perbezaan agak besar dengannya dalam acara snatch. Sasaran saya tetap sama untuk melakukan angkatan keseluruhan 305kg,” katanya.

Terdahulu, Aniq melakukan angkatan keseluruhan 298kg ketika meraih pingat emas di Fiji, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 297kg dilakukannya pada Olimpik Paris, Ogos lalu.

Dalam pada itu, dia juga mengakui selesa menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih, Edmund Yeo selain percaya prestasinya mungkin akan lebih meningkat sekiranya berlatih di luar negara.

“Kami sudah memohon untuk menjalani latihan di luar negara kerana boleh berlatih dengan atlet-atlet negara lain. Persaingan akan membuatkan anda lebih bagus, jadi kita tunggu dan lihat.

“Sekarang saya sedang cuba melakukan angkatan 140kg dalam snatch bagi mencerahkan peluang berada di podium. Dalam pada itu, saya juga konsisten melakukan angkatan lebih 160kg dalam clean and jerk,” ujar Aniq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI