fbpx

Masak gulai ikan nyok-nyok dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk memasak di pekarangan rumah selepas Kampung Kubang Betong di Changlun dinaiki air kira-kira pukul 11 pagi tadi. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

CHANGLUN – Seorang penduduk terpaksa memasak di dalam banjir selepas Sungai Temin melimpah ke kawasan rumah ibunya di Kampung Kubang Betong, di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi, susulan hujan lebat sejak petang semalam hingga tengah malam.

Menurut Kasma Ahmad, 52, dia bergegas ke rumah ibunya, Siti Ramlah Abdul Hamid, 66, selepas mengetahui kawasan kampung berhampiran dinaiki air sejak awal pagi.

“Saya sampai rumah mak kira-kira pukul 10 pagi tadi tetapi air tak naik lagi. Namun, dalam masa setengah jam sahaja, air nak sehingga paras betis,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, dia memasak gulai ikan nyok-nyok dan ikan temenung goreng untuk hidangan makan tengah hari keluarga.

“Saya tengok paras air semakin meningkat, air dari Sungai Temin melimpah agak deras,” ujarnya.

Selain Kampung Kubang Betong, beberapa kampung lain seperti Kampung Belukar, Kampung Sungai Petani dan Kampung Binjai.

Sementara itu, seramai 154 orang daripada 52 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Changlun, sejak malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI