fbpx

DRC mulakan vaksinasi mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan sosial menunggu kedatangan penduduk untuk menerima vaksin mpox menjelang pelancaran kempen vaksinasi di Hospital Besar Goma semalam. - AFP

KINSHASA – Pihak berkuasa Republik Demokratik Congo (DRC) memulakan kempen vaksinasi wabak mpox (cacar monyet) terhadap penduduknya, lapor akhbar The Guardian.

Vaksinasi tersebut bermula hampir dua bulan selepas wabak penyakit itu merebak ke beberapa buah negara dan diisytiharkan sebagai kecemasan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebahagian daripada 265,000 dos yang didermakan kepada DRC oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) telah dihantar ke bandar Goma, wilayah Kivu Utara, timur negara tersebut.

Negara itu mempunyai kira-kira 30,000 kes disyaki mpox dengan 859 kematian.

Ia menyumbang lebih 80 peratus daripada semua kes penyakit di DRC.

Mpox itu juga menyebabkan 99 peratus daripada semua kematian yang dilaporkan di Afrika pada tahun ini. 

Kesemua 26 buah wilayah di negara Afrika tengah itu telah merekodkan kes mpox.

Menteri Kesihatan DRC, Roger Kamba berkata, populasi berisiko dijangkiti mpox dan pekerja barisan hadapan merupakan penerima vaksin itu.

Sekurang-kurangnya tiga juta dos vaksin yang diluluskan untuk kegunaan kanak-kanak dijangka datang dari Jepun dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata Kamba. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI