fbpx

‘Tak perlu tumpang populariti Bella, tak minta kerja dengan dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUAZ nafi menggunakan Bella untuk meraih populariti segera dalam dunia hiburan. - FOTO ILHAM ZAKARIA

KUALA LUMPUR – Sering kali dilihat bersama, pelakon baharu Muaz Zabir menolak dakwaan kononnnya menumpang populariti Bella Astillah sebagai jalan pintas untuk dikenali ramai.

Menurut Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 26, dia tidak perlu menumpang populariti orang lain kerana mempunyai pihak pengurusan sendiri yang mengatur kerjayanya.

“Tiada keperluan untuk saya menumpang populariti Bella. Saya tak pernah minta job (kerja) daripada dia.

“Saya tidak faham macam mana boleh timbul isu saya cuba menumpang populariti Bella.

“Mungkin disebabkan saya pernah terpalit dengan kontroversi bersama Bella membuatkan orang berfikiran seperti itu.

Tetapi bukan saya yang minta untuk berada di dalam kontroversi tersebut. Orang lain yang menyebarkan berita itu,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran single baharu Bella,  Tapi Bukan Denganmu, di sini, kelmarin.

Dalam video berkenaan, Muaz melakonkan watak sebagai suami yang bermain kayu tiga.

Hubungan Muaz dan Bella dilihat semakin mesra sehingga ada pihak yang beranggapan bahawa mereka kini sedang hangat menjalin cinta.

Menyedari namanya dan Bella seringkali menjadi sorotan ramai, kata Muaz dia dan Bella tidak bercinta sebaliknya rapat sebagai sahabat.

“Perjalanan kami masih panjang. Saya baru sahaja bermula sebagai pelakon. Bella pula sudah lama berada di belakang tabir dan sekarang adalah masanya untuk ke depan.

“Sebagai orang baharu di dalam industri, ada banyak lagi perkara yang ingin saya kejar dan capai.

“Biarlah masing-masing mengejar impian masing-masing terlebih dahulu. Yang mana doakan kami agar bersama, terima kasih di atas doa-doa kalian,” jelasnya.

Ditanya tidakkah dia berasa rimas seringkali dikaitkan dengan ibu anak dua itu, kata Muaz selagi tidak memberi kesan negatif, dia okey sahaja.

“Selagi tidak memberi impak negatif, saya rasa tiada masalah.

“Cuma saya sendiri tak faham sebelum ini saya ada juga berlakon dengan aktres lain, tetapi tiada pula yang kaitkan.

“Sudah sembilan drama saya berlakon. Tetapi dengan Bella juga yang orang sering kaitkan,” ujarnya.

Selain Muaz, video muzik Tapi Bukan Denganmu yang diarahkan oleh Bella sendiri turut menampilkan Ellie Suriaty, Mawar Rashid dan Syed Saddiq sebagai pelakon. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI