fbpx

PBT siasat kes basuh periuk guna penyapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang pekerja kedai makan membasuh periuk menggunakan penyapu dipercayai di Lipis.

LIPIS – Majlis Daerah Lipis (MDL) akan menjalankan siasatan susulan penularan rakaman video pendek di media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja kedai makan membersihkan periuk dengan menggunakan penyapu semalam.

Yang Dipertua MDL, Datuk Mohd. Hafizi Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang ada sekiranya terdapat kesalahan dilakukan di premis berkenaan.

Sebelum ini, tular rakaman di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja kedai makan membersihkan periuk dengan menggunakan penyapu.

Klip video berdurasi dua saat yang dimuat naik di Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis pada pukul 5 petang semalam menerima kritikan dan kecaman daripada netizen.

Kejadian itu dipercayai berlaku di belakang premis di bandar Lipis menyebabkan rata-rata orang ramai meminta supaya siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi tujuan keselamatan dan kesihatan pengguna. – KOSMO! ON:INE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI