fbpx

Ibu mentua Alexander meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berita pemergian Elizabeth turut dikongsikan Alexander di laman sosialnya.

KUCHING – Ibu mentua kepada Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Puan Sri Datin Sri Elizabeth Pawa, meninggal dunia pagi tadi di rumahnya, di sini.

Berita pemergian Elizabeth, yang juga isteri kepada bekas menteri Sarawak dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Celestine Ujang itu turut dikongsikan oleh Alexander dalam laman sosialnya.

Menurut Alexander yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit, ibu mentuanya itu meninggal dunia kira-kira pukul 9.55 pagi pada usia 76 tahun.

“Pemergiannya dari dunia ini telah meninggalkan kekosongan yang tidak dapat digantikan dalam hidup dan kami meratapi kehilangan ibu yang disayangi,” katanya.

Justeru, beliau memohon doa daripada orang ramai di atas kehilangan besar dalam keluarganya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI