fbpx

Ingat panggilan scammer, rupanya menang SSP BSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWANG ADEK menyampaikan replika cek kemenangan kereta kepada pendeposit sempena Majlis Cabutan yang berlangsung di Angsana Mall, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas wanita tidak menyangka panggilan ‘scammer’ yang diterima mengubah hidupnya apabila bergelar jutawan segera menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Wanita berkenaan juga bertindak memarahi pegawai yang menghubungi kerana menyangka mereka bertujuan memperdayakan apabila diberitahu dipilih sebagai pemenang utama pelaburan yang dilakukan.

Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin mengenai seorang wanita yang juga pendeposit SPP BSN apabila menerima durian runtuh.

Tambahnya, pihak BSN terpaksa menghubungi anak wanita tersebut dan membawanya ke cawangan bank itu sebelum akhirnya dia percaya dirinya adalah jutawan SSP.

“Sehingga kini 104 ‘jutawan segera’ berjaya dilahirkan BSN menerusi SSP iaitu inisiatif menggalakkan tabiat menabung dalam kalangan rakyat negara ini.

“Ketika ini kira-kira 6.2 juta pendeposit dengan jumlah simpanan bernilai lebih dari RM5.4 bilion setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Cabutan yang berlangsung di Angsana Mall di sini, semalam.

Awang Adek berkata, lebih 500,000 SSP adalah pendeposit dari Johor dengan jumlah simpanan melebihi RM553 juta.

Katanya, BSN turut berbangga kerana melahirkan seramai 103 jutawan BSN SSP, di mana 12 daripadanya berasal dari Johor yang merupakan antara yang tertinggi di seluruh negara.

“Oleh itu rugi kalau tidak masuk SSP kerana setiap bulan ada jutawan, mana ada bank buat begini dan ini istimewa kerana melambangkan jenama kita,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya selepas ini akan ke Kuantan, Pahang dan cabutan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Disember depan yang menawarkan cabutan bernilai RM2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI