fbpx

‘Ya Allah, bagi pinjam suami lama sikit, kalau boleh sampai syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJWA Latif bersyukur doanya mahu ke Mekah bersama suami akhirnya termakbul.

PETALING JAYA – Doa diangkat, penyanyi Najwa Latif bersyukur hasrat untuk ke Tanah Suci menunaikan umrah bersama seorang suami akhirnya dimakbulkan Allah.

Ujar Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29, impian beserta doa itu pernah dipanjatkan ketika di Mekah sebelum ini, sekali gus tidak menyangka dapat menjejakkan kaki ke sana lagi dengan pemimpin hidupnya.

“Kali terakhir saya ke sini (Mekah) saya berdoa kepada Allah untuk jemput saya lagi bersama seseorang yang boleh menemani saya dengan izin-Nya.

“Saya kembali lagi selepas doa saya dijawab. Bagi pinjam dia (suami) pada saya lama sikit Ya Allah? Kalau boleh sampai syurga, amin,” katanya menerusi Instagram Story.

Semuanya dipermudahkan, pelantun lagu Kosong itu turut memuji suaminya Akwa Arifin yang disifatkan bertanggungjawab dalam menjaga urusan mereka sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci.

Kata Najwa, sikap Akwa tidak pernah mengeluh membuatkan dirinya rasa sangat dihargai, dijaga dan ditemani sepanjang masa.

“Dia (suami) teman mak, kakak, isteri, mak mentua dan kawan-kawan mak mentua tapi tidak sekali pun mengeluh sepanjang enam hari di Mekah.

“Saya bangga dengan awak sayang (panggilan Akwa). Terima kasih tolong jaga dan temankan kami, bila perlu,” ujarnya.

Najwa dan Akwa melangsungkan perkahwinan di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI