fbpx

Ribut petir di 8 negeri hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri sehingga tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Di Kedah, amaran ribut dikeluarkan melibatkan daerah Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang amaran diberikan untuk seluruh negeri.

“Selain itu, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Kerian di Perak,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir juga diramal melanda negeri Pahang melibatkan daerah Bera, Pekan dan Rompin.

“Di Negeri Sembilan pula, amaran dikenakan di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Selain itu di Melaka, melibatkan seluruh negeri, manakala di Johor ribut petir dijangka melanda Tangkak dan Muar.

“Bagi negeri Sarawak pula, amaran diberikan di daerah Miri (Miri dan Marudi),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI