fbpx

12 lagi rakyat Malaysia tiba dari Lebanon hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan enam sekeluarga rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lebanon hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, enam lagi rakyat negara ini turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.

“Ini menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dievakuasi keluar dari Lebanon dalam dua hari seramai 17 orang.

“Walaupun keadaan makin mencabar di Lebanon, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berjaya mengatur penerbangan pulang ke Malaysia bagi semua baki rakyat kita yang masih berada di sana,” katanya hari ini.

Menurut Wisma Putra, mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada Insin dan Selasa.

“Sebelum ini, Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera dan tegas dalam menghentikan serangan kejam rejim Israel yang sedang berlaku di Palestin dan Lebanon bagi melindungi orang awam,” katanya.

Kementerian Luar memaklumkan, masyarakat antarabangsa perlu bertindak secara bersama dengan segera.

Tegas Wisma Putra, dalam hal ini, Malaysia menggesa UNSC melaksanakan tanggungjawab berlandaskan piagamnya bagi menamatkan kitaran keganasan.

“Pendekatan diplomatik dan komitmen terhadap dialog adalah penting dalam memastikan keamanan yang berkekalan di rantau ini.

“Memandangkan keadaan yang semakin meruncing, kami menggesa semua rakyat Malaysia di Lebanon supaya membuat persiapan segera untuk meninggalkan negara berkenaan secara sukarela,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI