fbpx

‘Atok’ antara 3 ditahan berkelakuan songsang, lucah ketika larian di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung berkelakuan tidak senonoh serta lucah ketika menyertai Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Tiga termasuk dua lelaki warga asing ditahan malam tadi kerana berkelakuan tidak senonoh dan lucah semasa berlangsungnya satu program larian antarabangsa di Bandar Penawar, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mereka yang berusia 39 hingga 79 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Tinggi pada pukul 10 malam tadi di sebuah hotel di daerah ini.

Katanya, polis turut merampas pakaian dan aksesori dipercayai dipakai sewaktu larian itu iaitu sepasang sari dan skirt merah, tiga keping kadbod dan tombak tiruan berwarna perak.

“Ujian air kencing mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah selain tidak memiliki rekod jenayah.

“Siasatan awal polis mendapati tindakan yang dilakukan tiga lelaki tersebut adalah atas kapasiti individu dan bukannya mewakili pihak penganjur atau program yang disertai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan ketenteraman awam.

Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau Bilik Gerakan 07-8831221. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI